Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri....rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Sunday, August 09, 2009

Pixs Kayuhan Antara Gapi 9 Ogos 2009





Antara gambar yang dapat diabadikan semasa program KAG bersama peserta-peserta lain.

Kayuhan Antara Gapi

TAHNIAH kepada penganjur (Kelab Kembara PKNS), atas penganjuran Kayuhan Antara Gapi 2009 pada 9 Ogos 2009. Walaupun penyertaan Pasukan KRTKP pada peringkat awalnya seramai 6 orang pengayuh tegar, namun LAST MINUTE..... tinggal 3 orang yang masih bertahan melaksanakan tanggungjawab ini! TAHNIAH lagi sekali kepada KAMI~!!!!!! (Ramboo, Faisal & Ayep) atas pengorbanan hari minggu yang mencabar! Ketibaan peserta KRTKP lewat, menyebabkan kami berlepas lewat selepas peserta lain dilepaskan lebih kurang 30 minit.. namun tidak mengecewakan... genggam bara sampai jadi arang!

Brother Ramboo, yang baru sampai dari Kota Bharu, Kelantan.. tanpa melelapkan mata sedikitpun, terus berkayuh sedaya upaya. Sebenarnya inilah pengalaman pertama kami bersama MTB Off Road, dimana selama ini latihan kami hanyalah "on the road" sejauh 12 ~ 15 kilometer kayuhan. Pada hari ini kami menghadapi rintangan berkayuh sejauh lebih kurang 27 ~ 30 Kilometer "off road" mendaki dan menuruni trek balak paling mencabar pernah kami lalui. Sekiranya mengikut nisbah latihan yang dilalui, hari ini kami melalui proses 5 kali ganda dari latihan yang telah dilakukan selama ini.

Ayep, berjaya sehingga separuh perjalanan terpaksa akur dengan masalah teknikal pada basikal Mongose beliau kerana keadaan brek depan yang sangkut. Beliau akhirnya menamatkan pendakian sehingga tahap 1 perlumbaan. Dua lagi tahap pendakian sehingga kemuncak bukit dagu terpaksa dilupakan. Namun atas kecekalan beliau meluahkan hasil apabila berjaya mendapat cabutan bertuah pada nombor plat "289" Beliau telah berjaya mendapat GIANT voucher! tak pasti plak voucher shoping kat giant ke atau dapat Basikal GIANT!

Saya yang sepatutnya mendapat anugerah khas pada hari tersebut kerana peserta terunggul menghadapi trek "off road" menggunakan "Tayar Sotong". Pada mulanya terfikir juga untuk menukar tayar pada malam sebelum penyertaan, namun dengan keadaan dimana Brother Ramboo tiada malam tersebut, (Tiada Port) dan Brother Saiful pulak kata beliau tiada tayar "off road", jadi dalam fikiran ada geng tayar sotong untuk hari esok, so confident la nak kayuh esoknya. Akhirnya saya diberitahu oleh Brother Saiful, beliau tidak dapat meneruskan kayuhan apabila keadaan fitness beliau terganggu setelah menyertai futsal pada hari sabtu... saya tinggal keseorangan dan peserta tunggal yang menggunakan "slick tyre" dalam 400 ++ peserta yang hadir. Ramai yang kagum dengan kemampuan basikal "SHARK" dengan tayar sotong dan model Rare menamatkan perlumbaan pada pagi 9 Ogos 2009!

Sekali lagi TAHNIAH kepada Penganjur dan KAMI atas program Kayuhan Antara Gapi. Saya amat berbangga kerana tiga penyertaan yang hadir, dua daripada kami berjaya sehingga ke penamat dengan rintangan yang datang dan kekejangan otot hampir seluruh badan. (Brother Ramboo Krem kat kedua-dua belah kaki ketika ~ 2 Kilometer sebelum tamat, manakala saya Krem Kedua-dua belah kaki & tangan juga tumbang semasa ~ 1 Kilometer sebelum penamat berjaya juga ke garisan penamat dengan sorakan yang memberangsangkan dari peserta lain! Tahniah juga kepada kesemua perserta kerana semua sporting dalam menghadapi rintangan!

Wassalam