Sunday, October 28, 2012

My Lovely Memories

Inilah rakan dan sahabat yang tidak pernah mengenal erti jemu menyambut kepulangan ku saban hari.  Lahir pada 21 Jun 2006, jam 8:30 malam di bawah katil dalam bilik tidur.  Sedari kelahirannya ku belai dan ku manjakan bagi menatang minyak yang penuh hingga akhirnya pada tanggal 20 Oktober 2012 dia sengaja memberitahu ku dengan berlari ke rumah jiran ku ketika aku pulang dari kerja ketika itu.  Sejak hari itu aku tidak lagi melihatnya yang pada akhirnya jiranku memberitahu bahawa JACOB telah tidak mahu keluar dari rumah yang disediakan untuknya.  Apa tidaknya, pada waktu pagi rumahnya dibersihkan oleh pembantu rumah, diberikan makanan yang diimport dan disediakan kipas serta lampu dalam kediamannya.  Aku cuma tersenyum tanpa mengeluarkan kenyataan apa-apa.  Rezeki kau la JACOB.